Wednesday 2 January 2013

Apakah itu Jodoh Pertemuan??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini 2 Januari 2013 (1.10am).. Sungguh cepat masa berlalu dan ianya terbukti tidak akan sesekali menunggu diri kita, jadi kita perlu menghargai setiap detik yang kita lalui setiap hari..
Sudah sekian lama tidak update blog, sebagai permulaan tahun 2013, terfikir satu entry baru dan sememangnya semua orang sering membincangkan hal ini setiap hari dan ianya tidak dapat dinafikan..Saya juga yakin setiap blogger juga banyak membincangkan isu ini..Orang cakap isu Jodoh Pertemuan ini merupakan isu terhangat, terhott & the boom ok..hehehe..

Namun begitu, lain manusia berbeza persepsinya. Apabila hendak dibincangkan isu ini, akan terdapat sesetangah pihak yang kurang selesa dan mengatakan orang yang start membuka isu ini "terdesak, terhegeh-hegeh" dan pelbagai lagi tafsiran negetif, hope pembaca-pembaca blog saya semuanya positif k. Kemudian terdapat juga sesetengah orang sering berfikiran negetif kerana dianggap orang yang berbaik-baik dengan dirinya itu menaruh perasaan pada dia. Bagi saya, adakah kita hanya boleh meminta pendapat dengan seseorang di mana orang berkenaan perlu menjadi GIRLFRIEND @ BOYFRIEND (SPECIAL) kita dahulu?..Seseorang yang benar-benar bergelar sahabat tidak akan berfikiran dan bersikap begitu. Kawan sejati akan sentiasa berada di sisi sahabatnya sama ada perempuan atau lelaki. Jikalau tidak dapat memberikan pendapat yang bernas, sudah memadai menjadi pendengar yang baik dan sebenarnya SEPATAH PERKATAAN sama ada dari bibir diri @ dalam mesej (reply mesej) sudah memadai dapat membuatkan diri sahabat kita terasa dihargai dan diambil berat. Setiap insan tidak akan sering bermotivasi dan akan tiba saatnya, akan terasa diri tidak bermotivasi dan pendapat sahabat-sahabat amat diperlukan. Tika dalam keadaan tidak keruan itu, emosi seseorang akan menjadi tidak ok dan adakalanya sahabat kita akan bercakap perkara yang kita rasakan ianya tidak perlu ditanya dan dirinya sendiri boleh selesaikan. Perlu dingati bahawa, manusia tidak sempurna dan lemah, kita sebagai sahabat perlu setia dan memberikan pendapat kita kepada mereka yang terasa sangat DOWN..Hargailah sahabat-sahabat kita (peringatan buat diri juga)..Ingatilah juga, ketika kita membantu orang lain dalam kesusahan, Allah S. W.T akan membantu kita juga kelak...Wallahualam...

Keluar tajuk pulak, sorry.. Kita masuk semula landasan entry ini yew..Sesungguhnya, lumrah manusia ingin berpasangan dan sudah menjadi perkara biasa bagi seseorang insan itu mahu disayangi, dihargai dan dicintai oleh seseorang. Just sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga itu, tanggungjawab itu di tangga pertama dan janganlah sesekali mempermainkan hati seseorang wanita (lelaki) jikalau tidak mahu mengahwini mereka kerana ianya suatu tindakan yang tidak relevan dan tidak berperikemanusiaan.

Hati manusia ini bukan seperti mainan yang boleh dipermain, diperbodoh, diperlekeh dan dibuang sesuka hati jikalau sudah puas menghemburkan kata-kata serta janji-janji kosong. Lain orang lain perkara negetif yang dilakukan untuk memuaskan hati masing-masing dengan alasan ingin mencari PASANGAN SESUAI.. Tidak salah untuk mencari pasangan sesuai tetapi agak-agaklah kan..Begitu juga dengan wanita, janganlah sesekali mempermainkan hati seseorang lelaki jikalau tidak menyayangi dan mencintai mereka...

Opss, tetiba emosi pulak, bukan apa tetapi telah banyak kejadian yang terjadi dan ianya seolah-olah perkara biasa yang berlaku kini dan perasaan seseorang itu seolah-olah juga tidak dihiraukan lagi. Sebab itu, kita perlu MENYAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN. Kesakitan yang dirasai itu amat sukar digambarkan, hanya titisan air mata mampu berkata-kata. Setiap orang pasti pernah merasai kesakitan itu dan ianyalah mematangkan diri..

Apabila memperkatakan tentang jodoh, perkara pertama yang terpacul di fikiran kebanyakan orang pasti mengenai pertemuan dengan pasangan masing-masing atau bahasa mudahnya seseorang yang akan mereka mereka kahwini. Sebenarnya jodoh itu tidak semestinya refer pada pasangan semata-mata ianya terbahagi kepada banyak maksud, Ustaz Azhar ada membincangkan mengenai maksud jodoh ini. Saya sertakan link video tersebut;













Saya juga telah perbincangkan mengenai jodoh dalam entry sebelum ini, antaranya ialah;





Disertakan juga Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik...


Solat Istiqarah merupakan salah satu cara untuk kita mengetahui petunjuk terbaik buat diri dan tidak semestinya untuk mencari pasangan semata-mata. Ianya juga boleh dilakukan untuk mendapat petunjuk bagi perkara lain sama ada dalam pelajaran, pekerjaan dan pelbagai lagi. Kesimpulannya, janganlah sesekali kita putus berdoa padaNya. Yakinlah pada kekuasaanNya..Wallahualam..

Berdasarkan maklumat-maklumat yang disertakan, harap ianya dapat memberikan sedikit pendedahan yang berguna dan lebih membuka minda diri...Have a nice day dan senyum sokmoo...

Opss, sudah pukul 3.33am rupa2nya. Daaaa....lallalal


No comments:

Post a Comment