Monday 9 May 2016

TRAVEL LOG: BEIJING - 30/4/2016-4/5/2016 (5D 4N) PART 1 (TIANANMEN SQUARE&BADALING GREAT WALL)


Assalamualaikum w.b.t.


Entry pada kali ini ialah mengenai pengembaraan singkat sy bersama Sya di Beijing selama 5 hari 4 malam. Kami bertolak dari Malaysia di KLIA 2 pada 29 April 2016 (7.00pm) dan pulang ke Malaysia pada 5 Mei 2016 (2.15am). Kami berkunjung ke Beijing secara berdua (backpackers), tidak menggunakan agent coz hendak jimat cost/budget. Selain itu, kebebasan dalam tangan kami iaitu bebas ke mana-mana, tidak terikat dengan apa-apa juga. 



Pada diri sy sendiri, menjadi satu bebanan buat diri jikalau terikat hendak ke sesuatu tempat itu. Bahasa mudahnya sy tidak selesa berada dalam keadaan di mana terdapat had masa yg telah ditetapkan jika berada di suatu tempat seperti 2 jam sahaja di tempat A, 1 jam di tempat B. 

Sy akan cenderung menjadi stress&tidak enjoy jikalau berada dalam keadaan itu..Sy bukan budak sekolah lagi yg perlu mengikut jadual masa seperti itu. Jadual tempat bagi kawasan yg ingin dilawati adalah ok, tetapi jadual ketetapan masa di sesuatu tempat sy tidak dapat terima, tidak bebas. Namun begitu ianya bergantung pada seseorang individu, tapi sy lebih selesa berjalan sendiri@dalam kumpulan kecil (2-3 orang). 

Sememangnya akan menjadi lebih teratur jikalau join mengikut package Travel Agent coz sudah tersedia jadual serta ketetapan masa. Namun begitu, pada pendapat diri sy sendiri, sy lebih selesa as backpakers, berdikari&lebih flexible. Secara tidak langsung tanggungjawab terhadap diri sendiri juga menjadi sangat penting apabila berjalan tanpa agent. Selain itu, apabila berjalan sendiri tanpa agen lebih banyak perlu mengkaji/study tempat-tempat tujuan yg ingin dilawati.

Tempat utama yg ingin dilawati adalah Badaling Great Wall. Kami bercadang hendak lepak di Badaling Gret Wall sepuas hati&tidak mahu ada had masa ditetapkan. Kami pergi bukan hentam kromo yer tapi kami mengkaji dahulu setiap sudut ketika di Beijing. Pelbagai cabaran yg kami hadapi sebelum pergi&seterusnya. Nak tahu apakah ianya??..Plez baca entry sy sampai habis. Hehe..Namun ianya menjadi memory indah buat kami berdua, berjumpa kenalan baru, budaya baru, tempat baru & sebagainya..

Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ketika di Beijing. Masih terdapat beberapa tempat kami tidak sempat kunjungi coz kekangan waktu. Jikalau tempoh masa bagi 1 tempat  sekitar 1 hingga 2 jam sahaja, memang sempat banyak tempat boleh dikunjungi. Oleh kerana size kawasan suatu tempat yg dikunjungi adalah sangat besar, menjadi satu kerugian jikalau tidak explore setiap sudut. Lagipun bukan mudah nak berkunjung ke tempat-tempat berkenaan. Kami budget 1 hari hanya 2 tempat kunjungan dengan menaiki Subway (train). 

Perkara-perkara yg perlu anda get prepare sebelum ke Beijing:-
1) Open the Embassy of Malaysia's Website in Beijing, China. Ianya juga penting sebagai preparation awal buat diri sendiri apabila melawati negara luar (Beijing). Maklum mengenai embassy Malaysia di Beijing supaya jikalau berlaku apa-apa hal, kita sudah jelas di manakah tempat rujukan. Seorang rakan sy memaklumkan, adalah lebih baik jikalau diri sendiri memaklumkan kepada pihak embassy Malaysia apabila kita berada di luar negara yg dilawati sebagai keselamatan ketika berada di luar negara. Rakan sy tersebut mengembara secara sendirian/perseorangan ke beberapa buah negara, so ingatan beliau perlu merujuk kepada embassy negara dilawati. 

Jujurnya, sy bersama rakan tidak maklum mengenai perkara berkenaan, syukur alhamdulillah tiada berlaku apa-apa. Oleh demikian, sebagai langkah-langkah berjaga untuk masa hadapan, better ambil berat mengenai hal embassy ini. Sy sertakan sedikit info ketika berada di maindland of China. Rujukan sy di website Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Anda boleh rujuk website berkenaan jikalau hendak mengetahui lebih lanjut.




 
2) Download Cloud VPN

Info ini sy ketahui daripada seorang rakan sy yg bekerja di Shanghai, China. Beliau maklumkan sebelum berangkat ke Beijing better download this app coz mudah bila nak access Google, FB, Instagram dan sebagainya. Ianya kerana di China, mereka sememangnya akan block semua website yg biasa kita access di Malaysia. 
Cara menggunakan Cloud VPN ini, selepas dapat access internet, open this app, setelah connected, anda boleh terus buka apa-apa website yg ingin dibuka. Sy sertakan antara website yg diblock ketika di mainland of China.
For further information, kindly visit this website: The list of blocked websites in China (Click Here)

3) Language Translator 

4) SUBWAY MAP
Perkara utama yg perlu anda dapatkan ketika sudah sampai atau sebelum sampai di Beijing ialah SUBWAY MAP. Ianya memudahkan perjalanan anda hendak ke mana-mana tanpa perlu menaiki teksi@bas. 

For further information, kindly visit this website: Beijing SUbway Maps (Click Here)

5) Beijing Metro App
Anda juga boleh download Beijing Metro App dalam handphone/smartphone. Tapi sy lebih memilih map dalam kertas, boleh study arah terdekat untuk ke sesuatu tempat coz kita nampak view keseluruhan map itu di atas kertas. Bergantung pada pilihan seseorang individu hendak menggunakan cara yg selesa dengan diri. Umumnya, antara tempat-tempat kunjungan kami ialah:-


6) Tempat-tempat menarik ingin dikunjungi
Pastikan juga anda simpan maklumat tempat-tempat yg ingin dikunjungi dalam handphone ataupun xerox/photostat. 

Tempat-tempat yg SEMPAT DIKUNJUNGI ialah:-
a) 30/4/2016: 
Tiananmen Square, Beijing (Tianammen West; Subway Line No.2)
We are at (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) because our plan is to go to Badaling Great Wall but the ticket sold out when we arrived. The ticket only sold at 3.35PM and the train will arrived at 5.30PM. So, we have to revise the route & change our plan to Tiananmen Square. From there, we take a Subway to (Tianammen West; Subway Line No.2). Just study the line of the Subway, you will find the easy route to Tiananmen Square. This is our route:-
Route: (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) exchange to (Fuxingmen Station; Subway Line No. 1) to (Tianammen West; Subway Line No.2).

b) 01/5/2016: 
Badaling Great Wall, Beijing (Subway S2 to Badaling Station)
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) to (Subway S2 to Badaling Station).

c) 02/5/2016: 
    i) Beijing Zoo (Beijing Zoo Station: Subway Line No. 4)
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) exchange to (Beijing Zoo Station: Subway Line No. 4).
    ii) Summer Palace-2 options; 
        1) Via boat (Zoo ticket's package, CNY40 Yuan).The boat is nearest the 
            Beijing Aquarium (Aquaria). Make sure you visit the aquaria first before 
            you take the boat, on the other hand taking the boat is the last thing
            you do when visit the zoo. It is because, once you get in the boat, there
            is no turning back. The boat will take you straight forward to Summer 
            Palace. If you want go back to Beijing Zoo, you must buy the boat
            ticket, CNY40 Yuan. It's to expensive rather than train ticket, 
            CNY4 Yuan. The choice is in your hand. 

        2) Via Subway (Beigongmen Station; Subway Line No.4)
             Route: Beijing Zoo Station (Subway Line No. 4) to Beigonmen Station
            (Subway Line No.4). From your left side, just walk straight forward
            about 30 minutes from Beigonmen Station, you will find the bus station
            if you on the right path. If you get confuse, just ask the people with the
            picture of the Summer Palace. Most of them can't speak English 
            language, so just bring the picture of the Summer Palace with you (on
            your phone or xerox/photostat).  After 30 minutes walking, you will
            arrive at the North Ruyi Gate (Exit of the Summer Palace).
d) 03/5/2016:
   i) Niu Jie Mosque (Changchunjie Station: Subway Line No.2); Exit C1&walk
 about 1.5KM..
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Changchunjie Station: Subway Line No.2); Exit C1 & walk about 1.5KM..
   ii) Yonghegong Lama Temple (Yonghegong Lama Temple; Subway Line No. 5)
Route: (Changchunjie Station: Subway Line No.2) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Yonghegong Lama Temple; Subway Line No. 5).
e) 04/5/2016: 
Beijing Tianyi Small Commodities Wholesale Market, Funchengmenwai Dajie, Beijing (Yonghegong Lama Temple Station: Subway Line No. 5; East Gate)
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Yonghegong Lama Temple Station: Subway Line No. 5; East Gate).
Tempat-tempat yg TIDAK SEMPAT dikunjungi ialah:-
a) Another Great Wall
    1) Juyongguan Great Wall
    2) Huanghuacheng Great Wall
    3) Mutianyu Great Wall
    4) Jiankou Great Wall
    5) Gubeikou Great Wall
    6) Jinshanling Great Wall
    7) Simatai Great Wall

b) Beihai Park ( Garden of China)
c) Yuyuantan Park (The Cherry Blossom Festival)
d) Forbidden City
e) Fengtai District (Terrestrial Heat Village)
f) Shijingshan Amusement Park
g) Hutong Tour


Bab tiket ke Beijing, sy membeli melalui Air Asia online pada 22 Jun 2015..
Total cost of the ticket: RM595.08 (2 ways)..Murah kan?..So, plez booking 1 tahun sebelum tarikh yang dirancangkan yer..Anda kena rajin check harga tiket terutamanya ketika promo..Harga ini tidak termasuk luggage, anda boleh add on bila nak check in nanti, yg penting beli tiket dahulu. Sy sertakan Travel Itinerary untuk rujukan..





Bab accomodation/penginapan pula sy booking melalui Booking.com. Harga lebih berpatutan coz perbandingan harga antara hotel-hotel lain dapat dilihat. Selain booking.com anda boleh juga rujuk Airbnb.com, Agoda.com, dan sebagainya. Sy menginap di Bestay Hotel Express Beijing Temple of Heaven, 15-20 minit dari Tiantandomen Station; Subway Line 5. Sy memang mencari tempat penginapan yg berdekatan dengan Subway (stesen kereta api) coz mudah hendak berjalan-jalan ke suatu tempat ke tempat yg lain. Harga tiket pun sangat murah & berpatutan, sekitar CNY4 (Yuan) satu hala. Selain itu dapat mengelak daripada kesesakan lalu lintas/jam yang teruk terutamanya ketika musim cuti. Harga teksi juga sangat mahal, tidak berbaloi bagi sy coz harga tambang teksi tersebut boleh digunakan untuk berbelanja ke tempat-tempat menarik. Tapi jika anda ada budget lebih, boleh menaiki teksi & anda perlu tanggung risiko jikalau tersekat dalam traffic jam..So, kita perlu bijak membuat pilihan terutamanya berbelanja. Hehehe...Sy sertakan booking penginapan kami berdua.




Sy booking untuk Standard Twin Room A, ada 2 katil tapi ketika sampai di Bestay Hotel, bilik seperti dalam perjanjian sudah full, so kami ditukarkan ke Standard Double Room A (1 double bed), kira ok lah coz katil yg tersedia seperti queen bed, boleh tidur berdua&harga lebih murah. Hehe.. Terpenting juga hotel ini ada access card, hanya penginap yg menginap boleh access ke level lain. Rasa selamat la sikit kan, bukan semua orang boleh naik ke level lain.. Safety first, then harga berpatutan, dekat dengan Subway lagi. Hehe..Peringatan juga bahawa pekerja yg menjaga di kaunter kurang fasih&kurang memahami bahasa Inggeris, jikalau anda hendak menjelaskan sesuatu mereka kurang faham. Terdapat 2 orang yg boleh berbahasa Inggeris tapi mereka jarang berada di kaunter atau sekitar kawasan hotel. Apa-apa perkara perlu deal dengan pekerja yg ditempatkan di situ. Pekerja mereka sangat friendly tapi just masalah bahasa yg membataskan komunikasi secara lancar. Berbalik pada hotel kami, anda mesti sedang membayangkan view sekitar hotel ini kan?..Sy sertakan beberapa keping gambar di hotel ini. Details, click link ini : Bestay Hotel, Beijing



Ok, sekarang sy hendak menceritakan pengalaman pengembaraan kami pula.

29/4/2016 (Friday)


Kami bertolak dari Bangi ke Putrajaya Sentral sekitar jam 2.30pm. Setelah sampai di Putrajaya Sentral, kami mengambil train ke KLIA 2. Kira-kira 30 minit kami sampai di KLIA 2 dan terus check in di kaunter. Boleh check in secara online dari rumah@di mesin disediakan tapi sy memilih untuk check in di kaunter semata-mata untuk mendapatkan tiket yg cantik. Boleh tak?..Menyusahkan diri sendiri sahaja..Childish sangat..Hahaha..Lagipun bukan selalu kan, nak fun&epy perlu buat childish things sekali sekala, skema sangat so boringgg..Hehehe..Nak dapatkan tiket cantik seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah ni..Hehe


Selepas check in, kami terus meluru masuk ke kawasan Perlepasan Antarabangsa. Cabaran kami sudah bermula ketika ini. Disebabkan que orang beratur terlalu panjang untuk Pemeriksaan Passport, kami memilih kaunter Automated Gated (E-Gate) di sebelah kiri. E-Gate ini juga dikenali sebagai express lanes dan ianya mempercepatkan urusan scan passport. Selepas scan passport sy, terus lepas tapi partner sy Sya tidak lepas, passport beliau kena block. Kami ke kaunter Imigresen untuk bertanyakan hal berkenaan mengenai masalah passport tersebut. Perkara yg tidak terduga oleh kami telah berlaku secara tiba-tiba. Passport Sya telah di block oleh pihak PTPTN kerana mempunyai hutang tertunggak yg belum langsai. Sya maklumkan setiap bulan pembayaran dilakukan kepada pihak PTPTN tapi kenapa passport beliau di block secara tiba-tiba?. Pihak Imigresen di kaunter maklumkan, kes yg dialami kami bukan kes pertama tapi sudah kerap berlaku. Terdapat mereka yg mengalami nasib sama perlu bayar kepada pihak PTPTN sebanyak RM2000++. Kami terkejut mendengar cerita itu dan saya tertanya kenapa pelik sangat proses PTPTN sampai seperti itu?..Pihak Imigresen juga maklumkan jikalau sudah maklum passport kena block ketika check di website, perlu minta SURAT KEBENARAN ke luar negara dari pihak PTPTN. Kawan sy, Sya maklumkan beliau sudah check di website dan tiada masalah sebelum ini dan kami jadi keliru perkara ini terjadi. Pihak Imigresen pun nak membantu kami dengan memberikan nombor telefon pihak PTPTN tapi mereka menegaskan memang kawan sy iaitu Sya perlu membayar sejumlah wang jikalau hendak lepas ke luar negara dan untuk pihak PTPTN membatalakn block berkenaan.

Sya call beberapa nombor pegawai PTPTN tapi tidak berjawab, so kami bertanyakan lagi sekali kepada pihak Imigresen yg menjaga kaunter berkenaan. Pegawai berkenaan sudah tarik muka bila kami bertanyakan mengenai nombor telefon pihak PTPTN tersebut. Kami sabar dan menunggu pegawai berkenaan memberikan nombor telefon yg kami minta. Sebenarnya ada sedikit rasa geram kerana layanan seperti itu, kami bertanyakan hal berkenaan baik-baik, so, plez don't be so rude. Kami juz berfikiran positif, maybe pegawai berkenaan ada hal lain yg memberatkan fikiran dia. Dia pun sudi menolong kami dengan memberikan nombor telefon PTPTN yg betul, kami sudah berbesar hati&menghargainya. Berurusan dengan manusia seperti itulah, kita perlu banyak bersabar. Lain orang lain perangai, so diri sendiri perlu profesional&matang bila berhadapan dengan keadaan seperti itu, jangan ikutkan perasaan dan marah-marah. Jiakalau berperangai seperti itu, tiada siapa yg hendak menolong kita dalam kesusahan. Kami sudah cukup bersyukur dia still bantu kami.

Sya call pegawai PTPTN tersebut dan dapat bercakap dengan beliau. Dia maklumkan perlu membayar RM1000.00 jikalau hendak lepas ke luar negara. Woww!!!!.. Tergamam kami berdua, hendak duit sekaligus berjumlah RM1000.00 serta merta???.. Selepas tawar menawar, beliau bersetuju dengan jumlah RM700.00 dan perlu transfer via cimb click pada waktu itu juga. Nasib baik sy menggunakan smartphone (Samsung Galaxy Tab P6800), boleh access cimb click. Wang tersebut masuk dalam akaun PTPTN Sya, ianya akan ditolak dari jumlah pinjaman yg dipinjam. 

Selepas pulang ke Malaysia, sy terus buka website Imigresen&dinyatakan maklumat mengenai pelepasan ke luar negara bagi mereka yg telah di black list. Apa yg sy faham, mereka yg telah di black list ialah penghutang yg masih belum melangsaikan keseluruhan pinjaman pembiayaan ketika penyambungan pembelajaran sama ada di peringkat swasta mahupun kerajaan. Ianya juga bermaksud, sekalipun kita membayar setiap bulan, kita masih akan di black list/disenarai hitamkan kerana hutang dengan PTPTN masih belum langsai. Jikalau hendak ke luar negara boleh, tapi perlu ke pejabat PTPTN paling lewat 7 hari sebelum berlepas. Bagi sy lebih baik berhubung dengan pihak PTPTN 2 bulan sebelum bertolak ke luar negara coz mungkin ada masalah lain yg mungkin timbul & tidak terduga oleh diri akan berlaku, kita pasti mempunyai waktu untuk settle semuanya jikalau ke kaunter lebih awal. Sy sertakan juga kenyataan PTPTN mengenai black list ini. Sy petik dari website Imigresen&jikalau hendak mengetahui lebih lanjut, boleh layari website @ call @ terus ke kaunter. Sy akan lebih memilih ke kaunter PTPTN coz senang, boleh terus berhubung dengan pegawai bertugas, call pula macam-macam hal perlu transfer sana sini, perlu bercakap dengan orang A, B, C dan sebagainya, memeningkan. So, better terus ke kaunter yer. Mungkin ianya sedikit mengambil masa jikalau ke kaunter, maybe perlu ambil cuti separuh hari tapi ianya lebih meyakinkan diri kerana kita berhubung face to face dengan pegawai di PTPTN. Namun begitu, pilihan adalah bergantung juga pada diri masing-masing. Panjang pula cerita passport kena block oleh PTPTN yer.



 
Selepas Sya membuat pembayaran kepada pihak PTPTN, passport beliau tidak di block lagi, kami terus berlari masuk ke kawasan last checking bag. Jam sudah menunjukkan jam 6.15pm. Selepas checking bag, jam telah menunjukkan jam 6.45pm. Fuh tinggal 15 minit lagi sebelum fly. Kami berlari menuju ke pintu gate kami iaitu Gate P12. Kami the last persons sampai di pintu flight. Fuhh, syukur sempat sampai..Bila duduk sahaja, kami berdua memandang antara satu sama lain dan tergelak dan sy mengatakan "susah betul nak naik flight ke Beijing ni, macam-macam hal..Akhirnya dapat duduk atas kerusi flight ni"..hehe

Tepat jam 7.00pm flight mengembangkan sayapnya dan kami semua berada di awangan.Kami perlu mengisi Immigration Form (color kuning): Departure Card/Arrival Card seperti dalam gambar di bawah. Rasanya sesiapa yg sudah biasa fly ke luar negara sudah biasa dengan form ini.



Then, kami terlelap tanpa disedari..ZZzzzz...

 30/4/2016 (Saturday)

Selepas 7 jam perjalanan, sekitar jam 1:15am kami sampai di Beijing Capital International Airport. Kami berposing cikit..Hehe



 
 Kemudian, kami beratur untuk Pemeriksaan Imigresen di Beijing.

Sebelum datang ke Beijing sy sudah search maklumat mengenai train dari Airport Beijing ke mana-mana tempat yg ingin dituju, so sy maklum mengenai perkara berkenaan. Apabila anda sampai pastikan jangan mengambil teksi hendak ke tempat penginapan kerana bayaran yg akan dicaj sekitar CNY150++ Yuan. Kawasan penginapan kami dari Airport mengambil masa sekitar 1 jam jikalau menaiki teksi dan ianya sangat mahal. Kami bertanya dengan pekerja di Airport, mereka maklumkan tiada train dan hanya boleh menaiki teksi jikalau hendak ke tempat penginapan kami. Sy sudah pelik coz sy sudah search di Internet, memang terdapat train/Subway/Airport Express. Kami bertegas tidak mahu menaiki teksi dan akan bermalam di Airport sementara menunggu jam 6.00am. Jiaklau anda ada duit lebih, boleh menaiki teksi dan anda boleh menanggung risiko akan dicaj lebih mahal kerana terdapat caj service waktu malam. So, pilihan di tangan diri sendiri yer. Jikalau ke Beijing menggunakan agen, tidak perlu risau coz sudah ada bas menanti anda. Sy menceritakan pengalaman jikalau anda hendak ke Beijing tanpa menggunakan agen, budget cost juga. 

Sy try bertanyakan lagi sekali kepada pekerja Airport yg duduk di kerusi berhadapan kami, iaitu tempat menunggu. Beliau juga sukar nak explain in english tapi beliau still maklumkan perlu menaiki teksi dan terkantoi juga bila beliau maklumkan ada train tapi jam 10.00am..Kami terasa pelik pula, train jam 10.00am???..It's so weird..Then, terdapat seorang lelaki di belakang kami mendengar perbualan kami&dia menwarkan pertolongan. Dia maklumkan ada train/Subway ke tempat penginapan kami tapi perlu menunggu sehingga jam 6.00am. Kali ini baru clear, akhirnya ada orang yg jujur bagi information.. Beliau rakyat Beijing, China tapi bekerja di Kinrara, Kuala Lumpur. Harga tambang teksi CNY150++Yuan, beliau yg beritahu. Memang kami terus reject naik teksi, so tunggu sehingga jam 6.00am. Sakit badan coz tidur atas kerusi sejak atas flight lagi. Sy tak tahan, nak baring juga, so baring atas 4-5 kerusi tak silap sy coz nak luruskan badan. Leganyerrr...Hehehe

Sy sertakan juga gambar sekitar airport..Tersedia air panas di Beijing Airport, boleh buat air@masak maggie@bubur nasi yer.





Sekitar jam 7.00am kami mencari Subway/Airport Express yg diperkatakan. Sy nampak lambang train tapi tak jumpa laluan sebenarnya. Kaunter pertanyaan belum dibuka, sy bertanya kepada guard, beliau bagi direction salah. Kami keluar dari Airport, tak nampak juga laluan train. Kemudian bertanya lagi dengan penjual tiket bus di luar Airport, mereka tak dapat berbahasa Inggeris pula. Waktu itu, baru ku sedari susahnya tak pandai berbahasa Cina. Hehe..Sy yakin train itu di bawah tanah tidak seperti di Malaysia, berada di atas bangunan dan kita nampak. Pusing punya pusing area Airport, masuk kembali ke dalam Airport. Syukur, kaunter pertanyaan/service sudah dibuka. Train tersebut berada di aras B2 rupanya, perlu menggunakan escalator/lift untuk turun ke bawah. Akhirnya jumpa. Sy sertakan gambar aras Airport Express.



Sebelum membeli tiket, sy tunjukkan alamat tempat penginapan kami kepada pekerja di kaunter. Kami sebenarnya mencari Map di Airport tapi tidak jumpa, sy bertanya di kedai dalam airport, mereka juga tidak menjualnya..Pelik juga tiada.So, segala pamplet yg ada di situ kami ambil tapi tiada 1 map khusus. Aduyaii..So, kami decide akan mengambil map bila sudah sampai di hotel, confirm disediakan map. Kami tidak jelas nama tempat yg dinyatakan olehnya. Apa yg beliau explain kami tak faham coz tidak jelas, apa yg dapat difahami harga tiket ialah CNY25 Yuan. Murah kan?..Berbanding naik teksi sampai beratus ringgit..Hoho..

Sebelum naik train, kami memandang laluan train tersebut&tidak sure hendak berhenti di mana. Sebenarnya hanya ada 2 pit stop iaitu sama ada di Sanyuanqiaq station atau Dongzhimen Station.
Kami rest sebentar sambil berfikir..Hahaha..Syukur alhamdulillah sy ternampak seorang guy/english guy. Tanpa membuang masa sy terus meluru ke arah beliau&tanya. Kebetulan train sudah sampai, beliau menawarkan bantuan dan mengatakan boleh discuss dalam train. Kami duduk bertiga dan dia mengeluarkan phone beliau dan menggunakan Beijing Metro App. Ok, sy nak install juga selepas ini. Dia beritahu, kami perlu turun di stesen kedua iaitu Dongzhimen Station. Selepas itu kami akan dapat melihat laluan seterusnya tapi sy still tak puas hati selagi tiada map dalam tangan. Sy hendak beli mobile data once sudah samapi di hotel dan nak download app berkenaan tapi beliau bagitau tidak perlu coz di mana-mana ada wifi seperti di hotel, Starbuck dan tempat-tempat lain, tidak perlu mobile data. Ok, itu satu info baru. Beijing Metro App tersebut boleh digunakan even tiada internet, itu yg diberitahu olehnya. Itu lagi best. Beliau warganegara German dan bekerja di Beijing almost 2 years. No wonder dia berjalan ke sana ke mari berseorangan coz sudah biasa. Beliau turun di Sanyuanqiaq station. Kami berpisah di situ, banyak input yg diberitahu olehnya. Selepas sampai di Dongzhimen Station, sy menunjukkan alamat kepada pekerja kaunter tiket dan dimaklumkan kami perlu ke Tiantandongmen Station; Subway Line No. 5. 

Route:  (Dongzhimen Station; Subway Line No. 2 to (Chongwenmen Station; Subway Line No. 2) exhange to (Tiantandongmen Station; Subway Line No. 5). 




Akhirnya sampai di  Tiantandongmen Station. Bila sampai, kami tidak tahu pula exit mana coz ada 4 ext, A, B, C dan D. So, sy tunjuk alamat kepada orang yg lalu lalang di situ. So, exit B adalah laluan ke hotel kami. Kami berjalan straight all the way, & berhenti tanya beberapa orang yg lalu lalang, mereka sangat friendly&sangat membantu bila ditanya. Sy juz tunjuk alamat kepada mereka dan mereka menunjukkan arah yg perlu dituju.Sekitar 30minit berjalan, sampai jua di hotel kami. Selepas check in, kami rest sebentar, makan maggie yg di bawa dari Malaysia dan terus bersiap untuk ke Great Wall. 

Sy terus grab Subway Map yg tersedia di kaunter. Baru clear nak pergi ke mana-mana bila map dalam tangan. Sy terus tak jadi nak download Beijing Metro App.Hehehe..On the way ke  Xizhimien Station, sy tersilap baca laluan, laluan jauh pula. Iye lor, baru nak memahami route Subway. Sy tersedar bila sudah berada dalam train, ketika membaca route setiap perhentian baru tersedar tersilap masuk train yg melalui route yg lebih jauh iaitu dari (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2), tersedar kesilapan kami, so, kami keluar dari train berhenti di (Chaoyangmen Station: Subway Line No. 2) exchange to (Chegongzhuang Stations; Subway Line No. 6) exchange to  (Xizhimien Station; Subway Line No. 2). Ketika sampai kami terus mencari kaunter tiket ke badaling iaitu Station 2. Train ini khas untuk ke Badaling Great Wall. Ianya terletak berasingan dengan Subway yg dinaiki sebelum ini. 

Apabila anda sampai di Xizhimien Station, ambil exit A (Beijing North Railway Station) dan follow the direction sign, anda akan sampai di Underground Entrance of Beijing North Railway Station. Anda perlu menaiki escalator atau tangga di sebelah kanan anda, jangan masuk entrance bawah tanah itu. Tempat membeli tiket untuk S trains adalah di tingkat 1. 
For further information, kindly visit this page:  How to get to Beijing North Railway Station and Buy Tickets (Click this link)

Sebelum anda hendak menaiki tangga tersebut, anda akan dikejar oleh pemandu teksi yg menawarkan tawaran ke Badaling Great Wall dengan menaiki teksi ataupun bas. Anda boleh memilih menaiki bas atau teksi tapi kami memilih hendak menaiki train, lebih jimat kos&masa serta boleh spent masa lebih lama di sana. Perkara yg paling mengecewakan ialah ketika kami sampai, tiket terawal sudah habis dan kaunter penjualan tiket hanya akan dibuka jam 3.35pm dan train akan bergerak jam 5.30pm. Whattt???..Perjalanan ke Badaling station sekitar 1jam 15minit, jikalau kami naik train jam 5.30pm, hanya sebentar sahaja kami dapat lepak di sana, so sangat rugi. Kami sampai sekitar jam 1.30pm di Stesen S. So terlepas penjualan tiket pada tengahari. 

Kami tidak menyangka plan ke Badaling Great Wall cancel pada hari ini. Kami ke Starbuck untuk access internet. Berbekalkan plan seterusnya yg telah kami rancang serta mengkaji laluan Subway, paling terdekat ialah ke Tiananmen Square. Kami terus bergegas ke Subway untuk membeli tiket ke Tiananmen Square. So, plan berubah dari Badaling Great Wall ke Tiananmen Square, Beijing (Tianammen West; Subway Line No.2).

Tiananmen Square, Beijing (Tianammen West; Subway Line No.2)
Route: (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) exchange to (Fuxingmen Station; Subway Line No. 1) to (Tianammen West; Subway Line No.2).

Kami juga tidak sempat menyinggah di Forbidden City yg terletak di belakang Tiananmen Square. All the way nak pulang ke hotel, sy melihat Subway Map ketika dalam train, rupa-rupanya Tiananmen Square sangat dekat dengan hotel kami, short cut sahaja, tidak perasan laluan itu..Sebab lain juga kami secara tiba-tiba perlu tukar plan dari Badaling Great Wall kepada Tiananmen Square, so kami berpusing di situ juga. Inilah kebiasaanya, perlu sentiasa ada backup plan jikalau plan A, B atau seterusnya tergendala, masa amat berharga waktu sebegini.

Selpie dalam train..1st time dapat duduk, sebelum ini asyik 
                                       kena berdiri jer..Hehe


Sy sertakan gambar-gambar sekitar Tiananmen Square.





 Kepanasan melanda..hehe












Kami lepak di  Tiananmen Square sehingga waktu melawat habis, kami semua dihalau keluar kerana pintu gerbang akan ditutup. Sekitar jam 6.30pm kami berangkat pulang ke hotel.

1/5/2016 (Sunday)
Badaling Great Wall, Beijing (Subway S2 to Badaling Station)
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) to (Subway S2 to Badaling Station).
Hari kedua di Beijing..Hoho..Badaling Great Wall aim kami hari ini. Sebenarnya kami terlewat bangun coz terlalu letih. Plan awal nak gerak jam 6.30am tapi terlewat bangun, 6.30am baru terbangun, sepatutnya 6.30am sudah gerak ke Tiantandonmen station. Terlalu letih, tidak sedar bila jumpa katil.Hehehe..Selepas breakfast kami terus bergerak ke Tiantandonmen Station sekitar jam 7.30am. Kami plan nak gerak awal coz nak berebut que panjang serta jikalau sampai awal di Badaling Great Wall, boleh lepak lebih lama. It's ok, kami teruskan perjalanan kami.


Kami sampai di Xizhimien Station; Subway Line No. 2 sekitar jam 9.30am. Kami terus meluru ke S Station yg merupakan laluan khas ke Badaling Great Wall. Tiket terawal juga sold out!!!.Sangat mengecewakan...Susah betul nak sampai ke Badaling Great Wall..Kaunter tiket seterusnya akan dibuka pada jam 1.35pm/t/hri&train akan bertolak ke Badaling Great Wall jam 3.35pm, 2 jam perlu menunggu train tapi kami tidak kisah coz alang-alang sudah sampai di sini, semalam gagal dapatkan tiket, hari ini walau macam mana pun kami nak juga sampai di sana. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Hehehe


So, sebelum kaunter tiket dibuka sekitar 4 jam kemudian, kami berjalan-jalan sekitar Xizhimien Mall. Jikalau kami sempat sampai awal sedikit sahaja lagi, confirm sempat naik train terawal. Cabaran ke Badaling Great Wall..Hehehe..Selepas berjalan-jalan dalam mall, kami lepak di luar kaunter tiket S Station. 


 View sekitar..

Berjam pula perlu menunggu untuk membeli tiket sahaja, nak ke tempat lain risau tidak sempat kejar tiket jam 1.35pm/t/hri. Memang banyak buang masa di situ tapi disebabkan hendak ke Badaling Great Wall, sanggup menuggu coz bukan senang nak berkunjung ke sana. 


 Mengisi masa terluang...

Jam 12.15pm/t/hri kami sudah start menunggu depan kaunter tiket even panas juga ketika itu. Tidak semena-mena dan kami sungguh tidak menyangka kaunter tiket sudah dibuka, awal pula. Syukur kami berada di situ ketika kaunter tiket dibuka, once sudah membeli tiket terasa kelegaan itu coz tiket sudah ada&berkemungkinan kami akan bergerak ke Badaling Great Wall lebih awal. Papan iklan menyatakan kaunter hanya dibuka jam 1.35pm/t/hri tapi nampaknya berlaku kesilapan information mengenai penjadualan tiket, Nasib baik kami menunggu depan kaunter awal, jikalau tidak berkemungkinan besar kami akan terlepas lagi peluang itu. 

Ketika masuk ke dalam tempat menunggu perlu beratur lagi, panjang sangat que tapi kami berada di hadapan juga. 
Kami ingat perlu beratur 2 jam lagi sebelum dbenarkan menaiki train tapi sekitar 30 minit, kami telah dibenarkan menaiki train. Kami berasa sangat pelik kenapa semua orang berlari-larian menuju ke train berkenaan. Jaraknya dari pintu tempat menunggu ke train sekitar 200 meter. Perkara paling lawak, kami juga turut berlari sama, entah kenapa, maybe terlalu excited. Bahasa mudah kami ikut sama berlari tanpa sebab, juz berlari jer menuju ke train. Bila sampai di pintu train baru kami faham, mereka berlari kearan berebut tempat duduk, jikalau tidak, tiada tempat untuk duduk. Perjalanan ke Badaling Great Wall mengambil masa sekitar 1jam 15 minit. Ketika berlari-lari menuju ke train sambil gelak sakan, sy bagitau kawan sy, "adakah kita dalam larian marathon perlu berlari ni?"..hahaha..Macam-macam..
Dalam train..Hehe

Sekitar jam 2.15pm train mula bergerak ke Badaling Great Wall dan sampai sekitar jam 3.30pm. Badaling Great Wall depan mata weiii!!!!..Sebelum ini hanya melihat dalam internet@youtube sahaja, sekarang depan mata. Syukur diberi peluang ini untuk melihat ianya depan mata. Hehehe.



Badaling Great Wall terbahagi kepada 2 iaitu North Section & South Section. Sebagai permulaan, kami memilih North section kerana tiak ramai orang di kawasan berkenaan, selepas itu diikuti South Section. North Section lebih mencanak dan laluannya lebih panjang berbanding South Section. Menurut maklumat yg sy dapati dalam website Travel China Guide, untuk melengkapi North Section, sekurang-kurangnya 3 jam masa diambil dengan berjalan kaki, manakala untuk melengkapi South Section, sekitar 2 jam berjalan kaki.
For further information, kindly visit this website: Badaling Great Wall (Click Here)








Selepas pergi ke Badaling Great Wall, barulah sy faham mengapa ianya menjadi pilihan pengunjung/pelancong berbanding Great Wall yg lain. Suatu hari sy nak run seluruh route Badaling Great Wall, paling best jikalau sy berpeluang menginap di Hotel Badaling Great Wall, sy akan start training waktu subuh. Woww sangat best berangan-angan seperti itu..Hahaha..1 hari ianya pasti menjadi kenyataan..Hehehe

North Section, tidak sempat meneruskan perjalanan, pengawal yg bertugas memberitahu "time out" dengan sign tangan pangkah. Jam menunjukkan pukul 5.30pm ketika itu. Angin yg bertiup kencang, sangat sejuk seperti berada di puncak gunung pula. Pada waktu itu, South Section kelihatan sudah lengang, ramai sudah berangkat pulang, tapi kami masih meneruskan perjuangan kami untuk menakluki South east selagi berpeluang&selagi pengawal tidak menghalau kami..Hehehe
Guard yg menghalau kami dari North Section..Hehe
 
Ketika menuju ke South Section, hujan rintik-rintik mula turun, then sy mempercepatkan langkah mendaki tangga yg sedikit tinggi sehinggalah sampai ti tower seterusnya.Hehehe..



















Ini view tangga yg perlu dinaiki masa hujan rintik-rintik mula turun..



Ini pula view apabila sudah sampai anak tangga terakhir di tower berkenaan.


View di bahagian belakang tower tadi. Rupa-rupanya masih ada lagi laluan di belakang. So, nak jalan kaki memang tidak sempat coz hari semakin gelap, so sy meminta kawan sy, Sya mengambil video sy sedang lari di sini. Jap sy share sikit yer..Asal nak run main-main jer tapi start run, rasa nak run lebih sedikit...Hehehe


Share sikit video di Badaling Great Wall.. Kami lepak sampai pukul 7.00pm, semua orang sudah tiada pada waktu itu. Gelap gelita tapi puas hati coz dapat pergi both section walaupun tidak sampai penghunjung..

Sekitar jam 7.00pm kami turun dari kawasan Great Wall, hujan renyai-renyai semakin lebat nampknya, basah juga baju kami tapi ianya memory buat kami...Then, kami singgah di kedai souvenir tapi harganya sangat mahal. Fridge magnet CNY50Yuan..Emmm...Logik juga coz kedai tersebut dalam kawasan Great Wall..Kami hanya melihat-lihat sahaja..Keluar dari kedai berkenaan, keadaan sekeliling sudah gelap pula padahal jam menunjukkan pukul 7.30pm. So, kami berlari-lari menuju ke train station sekitar 20minit juga. Apabila sampai, memang sudah ramai yg menunggu di sana, que juga panjang. Selepas membeli tiket, kebetulan train sudah sampai..Situasi yg sama seperti kami datang, perlu berlari-lari mengejar train coz risau tiada tempat duduk. Mereka semua tolak menolak berebut-rebut nak masuk dalam train, sy tak mampu lor nak melawan tenaga foreigner yg lebih besar fizikalnya, sekali tolak nak terhumban jatuh ke lantai..Aduyaii..Hahaha

Syukur dapat masuk dalam train tapi tiada tempat duduk di atas kerusi, so, kami bersila atas lantai. Perjalanan sekitar 1 jam 15 minit, jam 9.45pm kami sampai di Bejing North Railway Station. Kami menyinggah sebentar di Starbuck lepak-lepak sambil boleh access internet. Kira-kira jam 10.35pm kami berangkat pulang ke hotel, lebih kurang 1 jam kami sampai di hotel iaitu pada jam 11.45pm. Sangat letih tapi epyy..Hehe

NEXT: Part 2: Beijing Zoo&Summer Palace...(Click Here)

NEXT: Part 3: Niu Jie Mosque & Lama Temple (Click Here) 












No comments:

Post a Comment